Banner Ads

Pengkelasan Kos

Written by En.Ilyasak on 8:35 PM

Kos boleh dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu:
1- Mengikut fungsi pengurusan
2- Mengikut mudah kebolehkesanan (traceability)
3- Mengikut masa pengiktirafan terhadap hasil jualan
4- Mengikut gelagat kos
5- Mengikut kerelevanan bagi tujuan kawalan dan pembuatan keputusan


1- Mengikut fungsi pengurusan

Dalam firma perkilangan, kos boleh dibahagikan kepada dua kategori utama mengikut aktiviti fungsian mereka iaitu;
a- kos perkilangan
b- kos bukan-perkilangan (juga dikenal sebagai kos operasi)




a- kos perkilangan

Kos perkilangan adlah merupakan kos-kos yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti perkilangan syarikat. Kos perkilangan terbahagi kepada tiga kategori iaitu; bahan langsung, buruh langsung dan overhed kilang.

Bahan langsung ialah bahan yang digunakan untuk membentuk sebahagian dari produk akhir atau barang siap. Contoh bahan langsung ialah kayu bagi pembuatan sebuah meja, manakala gam paku dan lain-lain item kecil adalah merupakan bahan tak langsung dan dikategorikan sebagai overhed kilang.

Buruh langsung ialah buruh yang terlibat secara langsung dalam pembuatan sesuatu produk. Contoh kos buruh langsung ialah gaji pekerja lini pengeluaran dan gaji operator mesin di jabatan mesin. Contoh buruh tak langsung ialah gaji anggota penyeliaan dan gaji pengawal keselamatan dikelaskan sebagai sebahagian dari overhed kilang.

Overhed kilang ditakrifkan sebagai semua kos perkilangan kecuali bahan langsung dan buruh langsung. Contoh overhed kilang ialah susutnilai mesin dan sewa kilang.


b- kos bukan-perkilangan (juga dikenal sebagai kos operasi)

Kos bukan perkilangan atau belanja operasi dibahagikan kepada dua iaitu belanja jualan, dan belanja pentadbiran am.

Belanja jualan ialah segala belanja yang berkaitan dengan memperolehi hasil jualan dan kos penghantaran produk. Contohnya ialah belanja pengiklanan dan komisyen jualan.



2- Mengikut mudah kebolehkesanan (traceability)

Kos juga boleh di bahagikan mengikut kebolehkesanannya dalam sesebuah produk iaitu;
a- kos langsung
b- kos tak langsung

a- kos langsung
Kos langsung ialah kos yang boleh dikesan secara langsung terus ke atas objek pengekosan seperti buruh langsung, bahan langsung dan pengiklanan yang dibuat secara langsung terhadap jualan

b- kos tak langsung
Kos tak langsung ialah kos yang sukar untuk dikesan dalam sesebuah objek pengekosan seperti kos overhed dan kos-kos bersama yang lain.



3- Mengikut masa pengiktirafan terhadap hasil jualan

Pengkelasan mengikut kaegori ini ialah;
a- Kos produk
b- Kos tempoh


a- Kos produk
Kos produk adalah kos inventori yang masih berada ditangan. Inventori ditangan adalah aset di mana ia merupakan kos belum luput manakala inventori yang telah dijual merupakan kos yang telah luput dan dikira sebagai kos barang dijual dalam mengira untung kasar. Justeru itu kos yang telah luput adalah belanja.

b- Kos tempoh
Kos tempoh adalah bukan kos inventori dan justeru itu ia dicaj ke atas jualan pada tempoh di mana hasil tersebut diperolehi. Contoh kos tempoh ialah belanja jualan serta belanja pentadbiran am.



4- Mengikut gelagat kos

Dari sudut perancangan dan kawalan, adalah penting untuk mengkelaskan kos mengikut gelagat kos terhadap perubahan aktiviti. Ia boleh dikelaskan kepada tiga kategori asas iaitu;
a- Kos berubah
b- Kos tetap
c- Kos campuran

a- Kos Berubah
Kos berubah merupakan jumlah kos yang berubah mengikut kadar perubahan aktiviti tetapi kadar seunit adalah tetap. Contohnya bahan langsung dan penggunaan bahan bakar bagi kenderaan.

b- Kos tetap
Kos tetap pula merupakan jumlah kos yang tetap walaupun jumlah aktiviti berubah tetapi kadar seunit berubah mengikut aktiviti.
Contohnya ialah sewa, insurans dan cukai.

c- Kos campuran



5- Mengikut kerelevanan bagi tujuan kawalan dan pembuatan keputusan



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Pengkelasan Kos ”

Masa

About Me

Here I'll share my knowledge, discovery and experience related to my hobby and work. Most articles on this site are related to blog design, short reviews, tips and make money online.

Want to subscribe?

Subscribe in a reader.